Haiii guys !!! Haa , sejak balik ni , bukan main lagi aku online and blogging . Mana tak nya , duduk rumah , tengok naruto , download movie , online facebook dan blogging . Itu laa , kerja aku setiap hari , dan wifi , jiran aku yang satu ni laa . Hahahaha . Dari pagi sampai ke malam , wifi tak tutup tutup , on je .
![]() | ||||
| betul ke sampai tak tutup ?? Nipu je laa hang aizan . |
Okay , okay , takde laa sampai tak tutup . Haishhh . Ni pun nasib baik laa boleh download movie , klau tak mungkin lagi melangu aku kat rumah ni . Yelaaa , peneman aku setiap hari dah balik asrama pulak . Walaupun dia sendiri pun kemain jenuh aku nak pujuk balik asrama , kalau tak , tak mahu nya dia . Hahahaha . So , aku kena jugak jalani hari - hari yang mungkin bosan ni , bersama atuk dan nenek aku . Takpe laa , bukan lama mana pun kan ? Lepas ni kembali sibuk study plak .
" Weh , cuti ni kau kerja tak? "
" Cuti ni buat apa je ? Kau kerja tak , cari duit ke ? "
Adoii , tu laa pertanyaan yang semakin hangat di borak dan di celoteh kan . Mana tak nya , cuti sebulan lebih , tak nak ke cari duit poket ke kan . Bila fikir balik , ada bagus jugak . Apa salahnye kalau waktu cuti macam ni cari duit poket .
![]() |
| kau nak kerja aizan ? Macam ada masa je . |
Memang itu lahh masalahnya sekarang ni . Dua minggu berturut mungkin aku agak sibuk sikit , yelaa , paksu aku kahwin , so , aku kena laa ringan - ringankan tulang ni sikit . Kena rajin maaa , sampai sakit - sakit aku tahu ?
![]() |
| Tak percayaaaa ?? Kenapa tak percaya ?? Grrrrrrr !!! |
Dah laa tu , cukup laa sembang pasal aktiviti aku . Nak cerita pasal tajuk besar kat atas tu .
"JANGAN KUAT BELANJA!
Okay , kome pun mesti tertanya - tanya kenapa aku pilih tajuk ni . Ada laa jugak kena mengena dengan aktiviti yang tak berapa nak aktiviti sangat ni .
" Duit tidak akan datang bergolek jika tidak dicari "
Memang betul tu . Tapi kalau dah datang bergolek , macam duit PTPTN yang baru je dapat ni , macam mana pulak ?
Sheeerrronokk aku tengok member - member aku yang beli phone baru , Samsung Galaxy Young , Sony Experia and macam - macam lagi lahh . Kemain suka deme belanja duit PTPTN , padahal duit tu untuk kegunaan pelajaran . Haishh . Nanti duit untuk beli buku , and other items or stuffs yang berkaitan dengan pelajaran , mana nak cekau duit dik oiii ??
Okay , aku berani cakap , sebab aku tak dapat duit PTPTN lagi , lambat sikit , mungkin awal bulan depan . Insya - Allah , aku akan cuba untuk belajar berjimat , and cuba untuk bijak mengawalnya . Awakkk , ingat - ingatkan saya okay ? Heeee
#N
![]() | |
| HAHAHA , cam superhero pulak . |
Okay , aku pun tak larat dah nak menaip nye . Hope aku boleh buat entry yang lagi bagus , Insya - Allahi Taala ..
sipemerahotak ::
me ^^



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)