Assalamualaikum...
Darjah 1..
Cikgu : Kamu,yang dari tadi sengih , bangun dan perkenalkan diri kamu .
Aku : Saya cikgu . Nama saya Muhamad Fazrul Aizan Bin Muhamad Julaini .
Cikgu : Baik . Aizan , bagi tahu cikgu , apakah cita-cita kamu ?
Aku : Errr . Polis , cikgu!
Cikgu : Kenapa kamu ingin menjadi polis?
Aku : Sebab boleh tangkap orang jahat .
Mula dari darjah 1 sehingga darjah 6 , tu laa jawapan aku bila ditanya tentang cita-cita dan impian . Dan percayalah , pada masa itu , kita hanya cakap tapi tidak tahu apa yang sebenarnya yang kita mahu dan cita-cita sebenar kita . Betu tak ?
Tingkatan 1..
Cikgu : Kamu , yang dari tadi bising , bangun dan perkenalkan diri dan nyatakan cita-cita kamu .
Aku : Mana ada bising cikgu , biasa-biasa je . Nama saya seperti dalam nametag ni lah (sambil menunjuk nametag pada cikgu . Nama saya Muhamad Fazrul Aizan Bin Muhamad Julaini . Cita-cita saya , errr , cita-saya (memerhati classmates), nak jadi detektif .
Satu kelas ketawa .
Classmates : Nak jadi macam detektif Conan laa tu !
Aku : Puiiii ! Suka hati aku laa , aku kacau korang ka ?
Sememangnya , Detective Conan anime kegemaran ku dahulu , err , actually , sehingga sekarang .
Cikgu : Baik . Kenapa kamu ingin jadi detektif ?
Aku : Supaya saya boleh menyiasat penjenayah laa cikgu . Cikgu punnn .
Sehingga tingkatan 5 , itulah jawapan ku jika setiap kali soalan bernas + cepumas + mengelabah bila setiap kali di ajukan . Dalam borang-borang (borang maklumat murid dan segala bagai) .
Now , i've made my choice , i've my own dream what to wanna be . Bukan Datin Wannabe . Hek3
Kalau dulu bila ditanya , hanya 1 pilihan aku , sekarang aku list kan apa yang aku mahu jadi .
1 . Cikgu
2 . Bussinessman / Accountant / Marketing And Management
3 . Doktor pakar x-ray . Haa , gelakk laa . Aku suka doktor bahagian x-ray ni sebab , tidak melibatkan bedah2 or darah2 . Walaupun kengkadang kena x-ray mayat .
Kita hanya mampu merancang . Dan tak mustahil , cita - cita aku ini lari dari apa yang aku akan jadi masa depan . Aku nak pinjam ayat member aku , yang selalu dia cakap , " Siapa dia dulu tidak penting , yang penting siapa dia akan datang"
Yess ! Who i am at past its not important . Tapi aku nak tambah sikit , kadang - kadang kita kena renungkan siapa kita dulu , sebab itu yang menyedarkan kita , siapa kita , asal usul kita , supaya kita tidak bongkak suatu hari nanti .
Dan buat mak , along akan untuk membangga kan mak , suatu hari nanti , biar satu dunia tahu bahawa mak juga mempunyai anak yang berjaya di atas bumi Allah ini. I love you mom !!
Si Pemerah Otak :
Me..


No comments:
Post a Comment