Assalamualaikum….
7/5/2012 , 8.30 a.m , tempat keje ..
Aku : Laya,da cek upu?
Laya : Belum . Tapi boleh semak melalui message je .. Taip RESULT UPU <IC> , then ko send ke 15888 .
Aku : Boleh ea?? Okey2 , dah send dah .. Kando ! Da cek upu ke ?
Kandar : Belum . Tengah cuak ni . (sambil menyapu sampah)
7/5/2012 , 11.30 a.m .
Aku : Mana ya , tak balas2 pon .
Laya : Mana aku tahu ! Deme takde kredit kot nak reply .
Kandar , Aku : Otak mu !
Laya : Rileks laa . Pukul 12 karang baru boleh send .
Aku : Dah tu , pasal apa send awal-awal pagi tadi , ngek?!
Laya : (sengih) . Aku baru tahu . Kejap , aku nak topup , abis kredit aku je tadi .
7/5/2012 , 1.30 p.m
Kandar : Jap,aku pergi try Tanya kat kak Fatin (penjaga kedai jamu-jamuan berdekatan dengan tempat kami bekerja) , boleh tak pinjam lappy dia . Nak tunggu message sampai bila .
Aku : Haa! Cepat kandar , aku tak sabar ni .
10 minit kemudian .
Kandar : Okey , bagi aku nombor ick orang , cepat !
Aku , Laya : 94********* , 94********. Kau dah cek??
Kandar : Nanti aku cerita . (terus berlari ke kedai kak Fatin)
15 minit kemudian .
Kandar : Zan , rileks k . Kau.....tak berjaya , Laya pun . Apa kata kau cek sendiri .
Jantung aku masa itu seakan berhenti . Segenap pelusuk tubuh ku kaku . Ya Allah !
Benarkah ini?! Tidak ,tidak mungkin . “Kau , tak bejaya Zan “ . Kata-kata Iskandar , terngiang – ngiang di hujung telinga , dan bergema di setiap pelusuk deria pendengaran ku .
Laju aku berlari ke kedai kak Fatin.
Aku : Kak , pinjam lappy jap ye .
Pada kaca monitor masih terpapar keputusan upu . Aku klik pada kembali , dan menaip semula nombor ic .
Aku sabar menunggu , aku tahu , aku berjaya , aku dapat masuk u untuk 1st intake . Walaupun pilihan utama aku ke maktab . Tapi nasib tidak menyebelahi aku , juga aku tidak berjaya .
Skrin monitor terpapar keputusannya dan ternyata , aku tidak bejaya . Air mata aku hampir mengalir .
Aku : Ya Allah ! Tak mungkin . Aduhhhh .
Kak Fatin : Adik , sabar oke ?
Abe (tunang kak Fatin) : Lahh , tak dapat .
Aku mengeluh panjang .
Laya : Zan ! Macam mana ?
Laya muncul di muka pintu terus mendapatkan aku . Riak muka ku sahaja sudah cukup untuk memberitahu jawapannya .
Laya : Jap , cuba cek aku punya pulak .
Dengan pantas aku menaip nombor ic nya , dan klik pada pautan masuk .
Keputusannya , Laya dapat tawaran ke politeknik , jurusan perkapalan .
Laya : Aduhh , aku nak pesawat .
Aku : Bersyukur Ya , kau dapat . Tapi kau ada matrik . Kau boleh sambung belajar , aku ni . Matrik tak , maktab tak , u pun sama .
Lambat-lambat aku bangun .
Kak Shima (tauke kedai) : Haa , macam mana?
Aku hanya beri respon dengan gelengan .
Kak Shima : Jangan sedih . Ada tu . Sabar ye .
JANGAN SEDIH??
*gilalataksedih
Aku membalas dengan senyum pahit . “Insya-Allah” .
Segala pekerjaan ku , menjadi tak tentu . Kepala ku runsing , hanyut entah ke mana . Air mata di tubir mata ku seka pantas . ‘Rileks bro,2nd intake tu,aminn~~
Now,only aku and Rozy . Kami je yang tinggal , yang still nak tunggu u . Rozy,sahabat baik aku sejak dari darjah 1,tak pernah berenggang,cuma rumah je laa yang berlainan . Ingat nak sambung belajar,mesti berpisah,tup tup,aku dengan dia yang still tak masuk-masuk lagi u . Takpe bro,rayuan dah buat,segala nya ditangan-Nya . Insya-Allah . Kita doa sama-sama .
Humm,hujung bulan ni,Azuan,Laya,Iskandar dan ramai lagi members aku,dah mula sambung belajar . Congrats buat korang . Aku bangga jadi kawan korang semua . Ada yang dapat asasi,ada yang dapat masuk kolej Islam,ada yang siap dapat tajaan . Syukur sangat-sangat .
Satu je yang aku nak pesan , bila dah berjaya nanti , kenang kan masa saat-saat kita bersama , saat kita bergelak , sedih , kecewa , cemas , and saat indah kita sewaktu di kelas . Kita berpisah buat sementara , dan perjumpaan kita akan ditunda pada suatu hari nanti .
AKU SAYANG HANGPA SEMUA . Good luck kawan!
Si Pemerah Otak :
Me..


.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment