Friday, July 6, 2012

Mengintai Cahaya Kejayaan,Dari Celahan Ilusi Minda Dan Akal..

Assalamualaikum para pencetus idea ..

           "KEJAYAAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YG BERUSAHA LUAR BIASA"




Kalau kita lihat , zaman sekarang ramai yg berpusu-pusu , bertolak-tolakkan , berebut ilmu demi mencapai masa depan yang cerah . Untuk apa ? Kerana kepentingan diri ? Kerana kerakusan harta mahupun kekayaan ? Hanya insan yang tahu sebenar-benar makna ILMU itu yang akan menggunakannya sebaik mungkin .

Tetapi kini , manusia mahu kan ilmu pada tujuan yang salah . Pergaduhan , rusuhan , penipuan , semua nya perlibatannya dalam kalangan cendekiawan yang berjaya menggapai kejayaan , tetapi gagal menggapai makna dan erti sebenar ILMU itu .

Huhh . Exam , test . Bukan hanya ada dalam dewan periksa atau dalam pengajian kita , tetapi dalam hidup kita , dan jalan yang kita pilih . Umpamanya , kita memilih jalan kebaikan , dalam tempoh tertentu kehidupan kita , kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis dugaan dan ujian yang mengajar kita untuk lebih matang . Di penghujungnya , kita akan dinilai , segala jawapan - jawapan kita di dunia yg telah kita buat , oleh ketua segala pemeriksa , Allah S.W.T yang Maha Adil . Segala jawapan kita akan di bentang dan di siarkan di padang masyar kelak . Dan di sana nanti , kita akan tahu , di mana destinasi kita , tetapi pilihannya hanya dua , neraka atau syurga .

Hahhh , test minggu depan . Banyak lagi yang tak study ni . So , sebelum chauu , aizan nak ingat diri aizan sendiri dan hangpa semua , ingatlah , walau apa pun dugaan , ujian , cabaran , hadapi nya dengan hati terbuka . Belajar untuk menerimanya , bukan melarikan diri . Walau apa pun , itu yang harus kita hadapi , dan selesaikan segala soalan dan masalah itu dengan penuh kesabaran . Insya-Allah .


Sipemerahotak : :
Me

No comments:

Post a Comment