Monday, May 7, 2012

Si Pencacai Buta

Melihat lautan manusia jahil,
Menagih keuntungan palsu dari si penjual maruah negara,
Tanpa belas , menganggap diri raksasa negara..


Fitnah ditabur supaya rakyat tunduk membela hati bangkai yang sudah diurung berengga, Menegakkan benang yang basah menjadi tradisi,
Mahu kemenangan dalam kekotoran,
Tanpa sedar,
Lautan kuning menutupi sang biru,
Hanya menunggu masa untuk disisih...


Tanpa sedar,
Jiwa jelata bangkit membaham korupsi dan kroni yang selama ini,
Mencacaikan si pencacai yang buta akan kebenaran hakiki dengan wang,
Berpidato dengan puisi jahil,
Hebah fitnah tanpa sedar ada yang mencatit lagak gaya mu..

Tentang si topeng merah dan biru,yang membunuh dalam gelap dan bisu, 
Hanya demi aset yang dianggap hakiki di dunia,
Si penyelamat kini digelar zionis atas kelakuan terhadap jelatanya sendiri..
Tanpa sedar,mereka jatuh tidak bersandar..


Ketuanan melayu yang disanjung-sanjung,
Hebah dalam seluruh akhbar pro nya,
Islam dihanyutkan,
Ulama' di permainkan,
Ilmu dikata cetek sebelum menduga lautan yang sebenarnya dalam...


Si Pencacai Buta,
Sedarlah...
Guba habis hak miranda mu,
Kerana lautan biru sudah melemaskan dulu dirimu,
Sebelum tiba saat ditenggelamkan..


Dan kini..
Lautan kuning yang selama ini terpendam.
Akan meletus angkara lava yang dipendam dari dalam,
Yang akan menyedarkanmu tentang erti sebenar,
KEADILAN DAN KEBENARAN...








Si Pemerah Otak:
Me...

No comments:

Post a Comment