Monday, July 9, 2012

Celoteh Tanpa Topik

Assalamualaikum...

Hahh , makin rajin pulak aku blogging semenjak dua menjak ni . Kan ? Hee ..

Korang apa khabar , wahai sahabat-sahabat ku ? Sihat ? Aku pulak sihat , tapi da kurus kot..
         
               Wooo!! Aizan da kuruss wokk !!
               
                Diammmm AHH!! Hurr


Dah-dah , diam . Hurr , actually laa kan nyee punn aduii , Aizan pun tak tahu nak buat entry tentang apa kali ni . Apa kata korang bagi idea kat Aizan , boleh ? Hahaha . Gurau

Yang lepas , Aizan cerita tentang roomates , now , Aizan cerita tentang kondisi dan keadaan suasana kat sini . Humm ,UTC ni , dalam A Famosa aje dan berapa kilometer je dari Tampin , NS . Biasa laa , kawasan perlancongan , banyak laa pelancong dan guest yang datang . Asrama atau kondo kami , semua nya ada empat tower . Tower Aizan yang best , sebelah highway and sebelah padang golf . Floor 16 , memang sejuk laa ceritanya , angin kat sini memang kuat , tapi tak tahu laa fresh ke tak , sebab semenjak dua menjak ni , hidung aku dok tersumbat je . Haishhh . Jelebu pn selalu kat sini . Tapi aku gagahkan juga stay kat sini , sebab nak belajar !

                                       Yelaaa Aizann oii ...


Setiap asrama atau tempat tinggal , bukan kita je yang kadang-kadang yang tinggal . 


Aizan kat sini bukan nak cerita laa kan , tapi memang nak cerita ni pun .
Satu malam ni , Aizan macam biasa , antara yang paling suka tidur lewat . Lepas je mandi , gosok gigi , Aizan terus laa masuk bilik , dan nak buat apa lagi kan . Tanya pulak , tidoqq laa . Tengah je nak tarik selimut , terdengar pili air dari bilik air yang Aizan masuk tadi .

"Ehh , bila pulak aku bukak pili air ? Last keluar tadi , elok je tertutup . Humm ,Ed laa ni yang masuk kot"

Esok paginya . Nak bangun Subuh , Aizan terdengar bunyi pili air yang tak bertutup tu . Pili air memang deras terbuka . Then , macam biasa Aizan bangun , tutup pili air , and kejut semua bangun Subuh .

"Ed , bangun . Ni aku nak tanya , awat hang tak tutup pili air semalam ?

'Woo , bila pulak aku masuk ? Bukan semalam kau ke yang last semalam ? Aku pun dengar , nak je marah kau pasal apa tak reti-reti tutup . '

"Dah tu , sapa pulak"

Oke dah , sampai kat sini je .


  Woiii!! Cerita laa lagi !! Tengah syok ni .

Nanti laa Aizan cerita oke ? Banyak lagi masa , Insya-Allah . Banyak yang Aizan nak cerita kan . So , dah nak maghrib ni ,

   Hahaha! Da macam superhero pulak . Puii!

So , apa-apa yang mendatang , jangan jadi kan ia , sebagai halangan yang besar yang kamu .. Ingat , okay ??

Assalamualaikum .


Sipemerahotak: :
Me


 "Kadang - kadang halangan mematangkan kita , so FACED IT !!

Friday, July 6, 2012

Mengintai Cahaya Kejayaan,Dari Celahan Ilusi Minda Dan Akal..

Assalamualaikum para pencetus idea ..

           "KEJAYAAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YG BERUSAHA LUAR BIASA"




Kalau kita lihat , zaman sekarang ramai yg berpusu-pusu , bertolak-tolakkan , berebut ilmu demi mencapai masa depan yang cerah . Untuk apa ? Kerana kepentingan diri ? Kerana kerakusan harta mahupun kekayaan ? Hanya insan yang tahu sebenar-benar makna ILMU itu yang akan menggunakannya sebaik mungkin .

Tetapi kini , manusia mahu kan ilmu pada tujuan yang salah . Pergaduhan , rusuhan , penipuan , semua nya perlibatannya dalam kalangan cendekiawan yang berjaya menggapai kejayaan , tetapi gagal menggapai makna dan erti sebenar ILMU itu .

Huhh . Exam , test . Bukan hanya ada dalam dewan periksa atau dalam pengajian kita , tetapi dalam hidup kita , dan jalan yang kita pilih . Umpamanya , kita memilih jalan kebaikan , dalam tempoh tertentu kehidupan kita , kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis dugaan dan ujian yang mengajar kita untuk lebih matang . Di penghujungnya , kita akan dinilai , segala jawapan - jawapan kita di dunia yg telah kita buat , oleh ketua segala pemeriksa , Allah S.W.T yang Maha Adil . Segala jawapan kita akan di bentang dan di siarkan di padang masyar kelak . Dan di sana nanti , kita akan tahu , di mana destinasi kita , tetapi pilihannya hanya dua , neraka atau syurga .

Hahhh , test minggu depan . Banyak lagi yang tak study ni . So , sebelum chauu , aizan nak ingat diri aizan sendiri dan hangpa semua , ingatlah , walau apa pun dugaan , ujian , cabaran , hadapi nya dengan hati terbuka . Belajar untuk menerimanya , bukan melarikan diri . Walau apa pun , itu yang harus kita hadapi , dan selesaikan segala soalan dan masalah itu dengan penuh kesabaran . Insya-Allah .


Sipemerahotak : :
Me