Saturday, November 10, 2012

Walaupun Jauh , Tapi Sebenarnya Dia Dekat

ASSALAMUALAIKUM W.B.T ...


Hye Guys !
Okay , again . Thanks sebab sudi lawat blog aku ni . Walaupun biasa - biasa je . Blog ni dah umpama diari yang unprivate yang aku nak kongsi kan dengan kalian dan especially awak . ^^
Sebabnyaa ??


Okay , nak tahu sebabnya ?? Sebab , aku tak pernah memiliki diari laa . Haishhh

Humm , okay , lupa kan pasal dia *budak yang angkat kening tu ea..
Setiap manusia aku yakin . pasti dah melalui kisah-kisah CINTA dalam hidup kalian semua kan?

                                    CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL . 

CINTA yang tidak pernah menyakitkan . Bahkan menyuluh kita .




Pahit , manis , kecewa , gembira , dan segala perasaan ada dalam sesebuah percintaan .
Aku rasa tak layak jika nak sebut fasal CINTA ni . Sedangkan aku sendiri terlalu muda untuk menilai erti sebuah CINTA tu .


Sweet kan ? Aku suka sangat lukisan ni .
CINTA ,
Bila disebut , sesungguhnya amat indah sekali didengar , suatu perasaan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T
yang betul - betul layak merasa dan memilikinya . Sebenarnya tanpa kita sedar CINTA iu mematangkan kita , dan mendewasakan kita agar kelak kita memahami nikmat sebenarnya CINTA itu .

Sungguh , amat besar jika hendak di huraikan satu persatu maksud yang mendalam tentang CINTA itu . Sungguhpun ia amat menyakitkan .
Betuii kaa hang ni Aizan ?



Betul ! Aku yakin semua pernah merasakan kesakitan CINTA itu . Amat sakit bila dikhianati , dicemari dan di - babi buta - kan sesuka hati kepada perosak CINTA itu . Yang tidak pernah menghargai sebuah CINTA saat ia muncul . Tetapi , aku yakin bahawa , suatu hari nanti mereka akan sedar .

Dan ubat kepada CINTA itu sendiri ,
Mahu tahu ??
Hurmmm ..
CINTA .
Yup !! Ubat kepada CINTA , ialah CINTA .
Aku sendiri pernah merasakan . Yes ! Itu yang sedang aku lalui sekarang bersama dia .

Aku berharap , dialah CINTA terakhir ku hingga ke Jannah kelak . Yang akan ku jaga , dan menjadikannya isteri ku kelak . Insya-Allahi Taala .

                            "JODOH , PERTEMUAN TERLETAK DI TANGAN - NYA"


Aku berdoa agar CINTA ini dikekalkan bersama dirinya , Nadiyah Jamal Naimi ...



Biar orang berkata aku tidak layak untuk bercinta di usia muda , tidak layak , harus berlajar dahulu !

Jawapan bagi diri ku , aku manusia ciptaan Allah , layak untuk memiliki CINTA , dan merasakan nikmat sebenar CINTA  kurniaan terindah buat aku , kini dan selamanya !
Thankss to Allah , to have you <3

When I look into your eyes, I see how empty my past was without You.
How special the present is with You and how wonderful my future will be with You. You are blessing in my life !!!



Alhamdulillah ...






sipemerahotak : :
FA ^^

Monday, October 29, 2012

Jangan Kuat Belanja !!

ASSALAMUALAIKUM ...


Haiii guys !!! Haa , sejak balik ni , bukan main lagi aku online and blogging . Mana tak nya , duduk rumah , tengok naruto , download movie , online facebook dan blogging . Itu laa , kerja aku setiap hari , dan wifi , jiran aku yang satu ni laa . Hahahaha . Dari pagi sampai ke malam , wifi tak tutup tutup , on je .

betul ke sampai tak tutup ?? Nipu je laa hang aizan .









Okay , okay , takde laa sampai tak tutup . Haishhh . Ni pun nasib baik laa boleh download movie , klau tak mungkin lagi melangu aku kat rumah ni . Yelaaa , peneman aku setiap hari dah balik asrama pulak . Walaupun dia sendiri pun kemain jenuh aku nak pujuk balik asrama , kalau tak , tak mahu nya dia . Hahahaha . So , aku kena jugak jalani hari - hari yang mungkin bosan ni , bersama atuk dan nenek aku . Takpe laa , bukan lama mana pun kan ? Lepas ni kembali sibuk study plak .



     " Weh , cuti ni kau kerja tak? "
     " Cuti ni buat apa je ? Kau kerja tak , cari duit ke ? "

Adoii , tu laa pertanyaan yang semakin hangat di borak dan di celoteh kan . Mana tak nya , cuti sebulan lebih , tak nak ke cari duit poket ke kan . Bila fikir balik , ada bagus jugak . Apa salahnye kalau waktu cuti macam ni cari duit poket .

kau nak kerja aizan ? Macam ada masa je .


Memang itu lahh masalahnya sekarang ni . Dua minggu berturut mungkin aku agak sibuk sikit , yelaa , paksu aku kahwin , so , aku kena laa ringan - ringankan tulang ni sikit . Kena rajin maaa , sampai sakit - sakit aku tahu ?
Tak percayaaaa ?? Kenapa tak percaya ?? Grrrrrrr !!!




 Dah laa tu , cukup laa sembang pasal aktiviti aku . Nak cerita pasal tajuk besar kat atas tu .
       

                                                "JANGAN KUAT BELANJA!


Okay , kome pun mesti tertanya - tanya kenapa aku pilih tajuk ni . Ada laa jugak kena mengena dengan aktiviti yang tak berapa nak aktiviti sangat ni .

    " Duit tidak akan datang bergolek jika tidak dicari "

Memang betul tu . Tapi kalau dah datang bergolek , macam duit PTPTN yang baru je dapat ni , macam mana pulak ?
Sheeerrronokk aku tengok member - member aku yang beli phone baru , Samsung Galaxy Young , Sony Experia and macam - macam lagi lahh . Kemain suka deme belanja duit PTPTN , padahal duit tu untuk kegunaan pelajaran . Haishh . Nanti duit untuk beli buku , and other items or stuffs yang berkaitan dengan pelajaran , mana nak cekau duit dik oiii ??

Okay , aku berani cakap , sebab aku tak dapat duit PTPTN lagi , lambat sikit , mungkin awal bulan depan . Insya - Allah , aku akan cuba untuk belajar berjimat , and cuba untuk bijak mengawalnya . Awakkk , ingat - ingatkan saya okay ? Heeee   

 #N

 

HAHAHA , cam superhero pulak .


 Okay , aku pun tak larat dah nak menaip nye . Hope aku boleh buat entry yang lagi bagus , Insya - Allahi Taala ..







sipemerahotak ::
me ^^











































Thursday, October 25, 2012


ASSALAMUALAIKUM..

Heyyyy , I just met you , 
This is CRAZY , 
But here's my trolling , 
So let's trolling!!
what ???
Okay , since aku pun dah lama sangat tak blogging , dan jadi blogger boy , this is the time to trollinggg!! Hahaha .. Kalau korang ada terbaca post aku yang lepas , mesti korang tahu kenapa aku suka sangat trolling . Hahahaha
Astaghfirullahalazim kamu ni aizan , tak berubah , asyik trolling je tahu .

Rileks laa Ustaz , bukan selalu pun . Dah lama tak blogging tahu ?
Sejak dari college tempat aku menimba ilmu tu , langsung tak berkesempatan nak update  blog , apatah trolling . 


Okay, cukup cakap tentang trolling ni .

" How about your life ?" 
 "How about your study ?"
 "Can you fit your life at there?"

Pehh , bertubi - tubi soalan macam machine gun yang menghala tepat ke arah ku , seperti sudah lama di aim . Soalan ini ditujukan kat aku sejak balik ke kampung aku ni (Sitiawan)
Dan , macam biasa jawapan aku , 
       
             " Alhamdulillah , semua nya okay ."




YESS ! OF COURSE !


Actually tak jugak sebenarnya . Biasalah , life kat college banyak dugaan dan cabarannya . Tension , migrain dan macam - macam lagi yang dapat aku rasa kat sana . Hanya iman yang kukuh dan utuh lagi konkrit yang mampu menangkis segala pengaruh dan pujuk rayu syaitan .
Yelaa , mana tak nya , kat sana , kita alone , semuanya berbalik pada kita juga . Baik buruk , semua dari kita juga . 



  "Kamu nak pandai , kamu nak malas , kamu nak rajin , semua bergantung pada kamu sendiri ,         
dan tiada siapa yang akan menghalang kamu . Semuanya atas kehendak kamu sendiri" 

 Kata - kata paklong yang sampai sekarang aku ingat . Bukan kata - kata paklong sahaja , tetapi pesan dan ingatan mereka yang menasihat aku juga , masih segar di benak aku ni . 


Betul , semua bergantung pada diri kita , sekarang dan masa depan . Menjadi muslimin yang bertaqwa pada Allah , percayakan diri sendiri dan akan menjadi khalifah yang dirahmati Allah , adalah keazaman yang aku pegang dalam semangat naluri kecil ku ini . Semoga langkah ku akan seiring dengan berlandaskan Al - Quran , dan As - Sunnah . Semoga perjalanan ku di dunia selama ini tak akan sia - sia . Insya - Allahi Taala . Aminnn






sipemerahotak : 
lalalalalala...









HANYA TUHAN YANG TAHU


ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Okay , aku tahu blog aku ni kembali bersawang , dengan lelabah penuh di penjuru-penjuru page . Haii , maklum lahh , takda siapa yang nak kemas..


                               *dah tahu , cepat-cepat laa kahwin

Siiiibukkk laa kau! Shhhhh!

Okay , mesti korang tertanya-tertanya kan , kenapa aku tulis title kt atas "HANYA TUHAN YANG TAHU" . Kann3?? Heee ..

Aku guna tajuk sebuah lagu daripada kumpulan Nasyid , UNIC .. Pernah dengar ?? Hee

HURMMM?? Tak pernah .. Haishh , maklumlahh , sekarang di corong-corong radio dan media massa kurang menendangkan lagu-lagu nasyid ..
Sikit - sikit , 



OPPA GANGNAM STYLE ! OPPPP ! OPPPPP !


           *korang kalau dengar lagu ni mesti terikut menari sekali kan?

KENAPAA ??
Tak betul kaa cekk ??
Hahahaha ..

Sudah-sudah . Sebenarnya itu bukan topik yang mahu aku perkatakan berkaitan tajuk besar di atas ini . 

CINTA..

Setiap manusia normal , yang diciptakan Allah , yang ditiupkan roh sejak kita didalam kandungan ibu lagi , akan mempunyai satu perasaan di dalam diri kita ini , iaitu CINTA . Setiap khalifah di muka bumi Allah ini layak untuk merasakan nikmat cinta , dicintai dan mencintai .  Dewasa ini , cinta telah banyak di salah tafsir dan diterjemahkan . Cinta kepada manusia melebihi cinta kita pada yng Esa . Ingat , bahawa segala perasaan , cinta , sayang dan rindu , semuanya anugerah terindah yang Allah S.W.T. kurniakan pada hamba-Nya yang layak menerimanya . Cinta berlandaskan nafsu semata akan menyimpangkan kita dan membuatkan highway baru buat kita ke lembah maksiat tanpa kita sedar , Allah murka pada kita . 

Allah akan menganugerahkan kita cinta yang murni , dan suci , tatkala jika hamba-Nya juga cinta dan sayang pada-Nya tanpa berbelah bahagi . 
Pernah dengarkan mulut-mulut mengatakan , 

          "PEREMPUAN YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK"

Betul apa yang di perkatakan . Sesungguhnya Allah Maha Adil pada setiap hamba-Nya . Dia tidak pernah kejam . Cinta yang baik datangnya dari niat yang baik . 

 "JANGAN CUBA MEMBUATKAN SEORANG GADIS JATUH SAYANG PADA KAMU JIKA KAMU TIDAK MAHU MENGAHWINI DIA , MAKA HARAMLAH " UAI


Aku pegang kata-kata ustaz yang amat aku kagumi dan minati, UAI , Ustaz Azhar Idrus , seorang penceramah dan pendakwah yang kini popular yang sering dijemput ke majlis - majlis ilmu , untuk menyampaikan dakwah .

Allah akan mengurniakan seseorang yang mencintai diri-Nya , jika kamu juga berbuat demikian . Maka pasangan yang sebegitu insya-Allah diredhai-Nya . 
Aku bersyukur dengan percintaan ini , yang kini lain buatku .
Aku bersyukur kerana ada nya dia disampingku , yang menemani ku kesepian , dan selalu membahagiakan diri ku , di kala senang mahu pun susah .  Alhamdulillah

#N"




" Ku pendamkan perasaan ini... 
Ku rahsiakan rasa hati ini... 
Melindungkan kasih yang berputik... 
Tersembunyi di dasar hati... 

Ku pohonkan petunjuk Illahi... 
Hadirkanlah insan yang sejati... 
Menemani kesepian ini... 
Mendamaikan sekeping hati... 

Oh Tuhanku... 
Berikanlah ketenangan abadi... 
Untukku menghadapi resahnya hati ini... 
Mendambakan kasih insan yang ku sayang... 


Dihati ini hanya tuhan yang tahu... 
Dihati ini aku rindu padamu... 
Tulus sanubari menantikan hadirmu... 
Hanyalah kau gadis pilihanku... 

Kerana batasan... 
Adat dan syariah... 
Menguji kekuatan... 
Keteguhan iman... 
Insan yang berkasih..."






sipemerah otak:
Kita laaa . .^^

Saturday, August 25, 2012

ASSALAMUALAIKUM..
Hyee guyss!

Huhh, dah lama jugak aku tak update blog kan? Mana tak nya, kalau on lappy pun, online , tweet-ing , and youtube-ing je, blogging? Hahaha , jauh sama sekali terlintas di benak ni . Hahh, confirm bersawang dah blog/page aku ni . Hahaha . 
By the way , sebelum terlupa , 

    SAYA MUHAMAD FAZRUL AIZAN MUHAMAD JULAINI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!


                                              *comel what??huhh

Sepanjang bulan Ramadhan, alhmdulillah aku hadapinya dengan happy laa jugak.
                                               * macam tak happy je,hehehh



Oiii ! Happy laa . Huhhhh !

Hu'urmm , mesti lah rasa lain kan, kalau selama ni kita bersahur , berbuka dengan family tapi tahun ni dengan roomates or housemates dekat college . Tapi apa-apa pun , tetap gembira , dapat bersahur berbuka dengan housemates yg gila2 . Hahaha . Dan paling best berbuka bersama2 dengan juadah yang ala kadar je , alhamdulillah .
Dan sepanjang bulan Ramadhan jugak mcm2 yang aku tempuhi . Suka , happy , bahagia , sedih dan  macam2 lagi laa . Haishhh . Dugaan ? Usah di soal , kerana kita hamba-Nya sentiasa akan diduga di mana2 jua , selagi tulang empat kerat ini bernyawa . 

Kalau dulu saat2 nak balik raya tu takde laa terasa sangat , tapi bila dah berjauhan , terasa excited nak balik raya tu . Am I'm right ?? Heeeeee 
Memang laa seronok , esok nak balik dah , tak ingat2 nak berkemas lagi ke aizan oii . Bukan "Syg oii" ke ?
Hahahaha ! Lupaaa kannn . Sebab aku pun cuba utk melupakan dengan menggilakan telinga aku ni . 


                                      SKRILLEX - ROCK n ROLL
Kalau boleh sekuat2 volume aku nak tekan . Hahahaha . Cari ubat baru , lagu ni laa ubatnye . Hahahaha . 
Haaaaa , udah2 , aku pun da pening ni . Esok mau gerak dah . Goodbyeee Sitiawan . Goodbye vespa . Goodbye Poah (kucing kesayangan aku belakang rumah) and lastly , goodbye my beloved friends , n goodbye.... . Bila lagi laa kita nak jumpa kan ?
Okay guys ! Semoga kita jumpa lagi . Takecare ! 
Assalamualaikum<3
sipemerahotak::
me

Monday, July 9, 2012

Celoteh Tanpa Topik

Assalamualaikum...

Hahh , makin rajin pulak aku blogging semenjak dua menjak ni . Kan ? Hee ..

Korang apa khabar , wahai sahabat-sahabat ku ? Sihat ? Aku pulak sihat , tapi da kurus kot..
         
               Wooo!! Aizan da kuruss wokk !!
               
                Diammmm AHH!! Hurr


Dah-dah , diam . Hurr , actually laa kan nyee punn aduii , Aizan pun tak tahu nak buat entry tentang apa kali ni . Apa kata korang bagi idea kat Aizan , boleh ? Hahaha . Gurau

Yang lepas , Aizan cerita tentang roomates , now , Aizan cerita tentang kondisi dan keadaan suasana kat sini . Humm ,UTC ni , dalam A Famosa aje dan berapa kilometer je dari Tampin , NS . Biasa laa , kawasan perlancongan , banyak laa pelancong dan guest yang datang . Asrama atau kondo kami , semua nya ada empat tower . Tower Aizan yang best , sebelah highway and sebelah padang golf . Floor 16 , memang sejuk laa ceritanya , angin kat sini memang kuat , tapi tak tahu laa fresh ke tak , sebab semenjak dua menjak ni , hidung aku dok tersumbat je . Haishhh . Jelebu pn selalu kat sini . Tapi aku gagahkan juga stay kat sini , sebab nak belajar !

                                       Yelaaa Aizann oii ...


Setiap asrama atau tempat tinggal , bukan kita je yang kadang-kadang yang tinggal . 


Aizan kat sini bukan nak cerita laa kan , tapi memang nak cerita ni pun .
Satu malam ni , Aizan macam biasa , antara yang paling suka tidur lewat . Lepas je mandi , gosok gigi , Aizan terus laa masuk bilik , dan nak buat apa lagi kan . Tanya pulak , tidoqq laa . Tengah je nak tarik selimut , terdengar pili air dari bilik air yang Aizan masuk tadi .

"Ehh , bila pulak aku bukak pili air ? Last keluar tadi , elok je tertutup . Humm ,Ed laa ni yang masuk kot"

Esok paginya . Nak bangun Subuh , Aizan terdengar bunyi pili air yang tak bertutup tu . Pili air memang deras terbuka . Then , macam biasa Aizan bangun , tutup pili air , and kejut semua bangun Subuh .

"Ed , bangun . Ni aku nak tanya , awat hang tak tutup pili air semalam ?

'Woo , bila pulak aku masuk ? Bukan semalam kau ke yang last semalam ? Aku pun dengar , nak je marah kau pasal apa tak reti-reti tutup . '

"Dah tu , sapa pulak"

Oke dah , sampai kat sini je .


  Woiii!! Cerita laa lagi !! Tengah syok ni .

Nanti laa Aizan cerita oke ? Banyak lagi masa , Insya-Allah . Banyak yang Aizan nak cerita kan . So , dah nak maghrib ni ,

   Hahaha! Da macam superhero pulak . Puii!

So , apa-apa yang mendatang , jangan jadi kan ia , sebagai halangan yang besar yang kamu .. Ingat , okay ??

Assalamualaikum .


Sipemerahotak: :
Me


 "Kadang - kadang halangan mematangkan kita , so FACED IT !!

Friday, July 6, 2012

Mengintai Cahaya Kejayaan,Dari Celahan Ilusi Minda Dan Akal..

Assalamualaikum para pencetus idea ..

           "KEJAYAAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YG BERUSAHA LUAR BIASA"




Kalau kita lihat , zaman sekarang ramai yg berpusu-pusu , bertolak-tolakkan , berebut ilmu demi mencapai masa depan yang cerah . Untuk apa ? Kerana kepentingan diri ? Kerana kerakusan harta mahupun kekayaan ? Hanya insan yang tahu sebenar-benar makna ILMU itu yang akan menggunakannya sebaik mungkin .

Tetapi kini , manusia mahu kan ilmu pada tujuan yang salah . Pergaduhan , rusuhan , penipuan , semua nya perlibatannya dalam kalangan cendekiawan yang berjaya menggapai kejayaan , tetapi gagal menggapai makna dan erti sebenar ILMU itu .

Huhh . Exam , test . Bukan hanya ada dalam dewan periksa atau dalam pengajian kita , tetapi dalam hidup kita , dan jalan yang kita pilih . Umpamanya , kita memilih jalan kebaikan , dalam tempoh tertentu kehidupan kita , kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis dugaan dan ujian yang mengajar kita untuk lebih matang . Di penghujungnya , kita akan dinilai , segala jawapan - jawapan kita di dunia yg telah kita buat , oleh ketua segala pemeriksa , Allah S.W.T yang Maha Adil . Segala jawapan kita akan di bentang dan di siarkan di padang masyar kelak . Dan di sana nanti , kita akan tahu , di mana destinasi kita , tetapi pilihannya hanya dua , neraka atau syurga .

Hahhh , test minggu depan . Banyak lagi yang tak study ni . So , sebelum chauu , aizan nak ingat diri aizan sendiri dan hangpa semua , ingatlah , walau apa pun dugaan , ujian , cabaran , hadapi nya dengan hati terbuka . Belajar untuk menerimanya , bukan melarikan diri . Walau apa pun , itu yang harus kita hadapi , dan selesaikan segala soalan dan masalah itu dengan penuh kesabaran . Insya-Allah .


Sipemerahotak : :
Me

Sunday, June 10, 2012

Kehidupan Baru~~

Assalamualaikum…
Hype guys! Lama pulak tak updated blog . Hum , hari ni dah hamper seminggu lebih aku dekat Unifield Technology College , Alor Gajah , Melaka . Sampai tak sempat nak updated blog . Al maklum laa , takde masa nak updated nya . Dekat sini pun wifi bukan ada . Ada tu ada laa , tapi satu kerja pulak nak kena turun bawah dekat cafeteria , besides , nak kena ada password pulak . puiiii!  Ada pun broadband roommate aku , Nor . Haha . Apa-apa kami berkumpul depan laptop dia , ada yang online , search itu , search ini . Haha . Thanks laa Mat Nor ! Jadi cc kitaorang . Hahaha .


Okay , now buka cerita mula – mula aku jejakkan kaki aku di sini . Err , bukan , sebelum aku meninggalkan rumah di mana aku dibesarkan , Sitiawan . Malam tu , aku akan bergerak ke KL untuk stay dekat rumah mak aku . Di Bandar Baru Sentul . Sebelum bergerak ke sana , semua ahli keluarga aku berkumpul , kecuali paksu , sebab flight dia ke sini , belum tiba . Yang hadir Paklong , Maklong , Pakngah , Makngah dan anak – anak mereka . Paling sedih kepergian aku , atok aku laa . Hahaha . Sedihhh . Yelaaa , aku kan cucu sulong dia , yang paling rapat . Masa aku nak gerak masuk ke kereta , cause yang ikut aku masa ke KL 2 , ayah aku , adik aku ( Syira ) , dan nenek aku . Atok aku tak dapat ikut sebabnya , tak muat . Hurrrr . Yelaa , kereta Waja , ada limit dia kan ? Dalam perjalanan tu , sempat laa lagi aku message member2 rapat aku . Sedihh jugak laa . Yelaa , Melaka , jauhhhh wooo .

Pukul 3 pagi , aku tiba di rumah mak aku . Sampai-sampai je , aku bawak sekali barang – barang aku naik ke flat , sebab nak gantikan ke dalam beg besar . Hahahaha . Lawak je . Masa tu , aku tak boleh nak tidur , sebab? Macam-macam . Cuak , nervous , risau , sedih , happy bila memikirkan pagi nanti aku akan ke tempat pengajian ku , tempat tinggal ku , selama 6semester (3 tahun) .

Actually , aku sebenarnya teringin nak tengok bilik tidur aku tu . Macam mana laa rupa nyaa  . Haha . Setelah selesai mendaftar , buat pembayaran pengajian , and segala bagai nya , tiba untuk aku ke bilik , rumah , dorm , tempat tinggal , n tempat tidur aku . Senang cerita , rumah aku laa . Haha . Masuk – masuk je , kosong , biasa laa , hari jumaat , semua budak pergi masjid , aku seorang je sesat , tak pergi solat . Hee .
Dah masuk semua barang dalam bilik , semua dah settle , roommate aku pun balik dari masjid . First roommate yang tegur n salam aku , Shadam , and kami panggil Adam . Then , Is , or nama sebenarnya , Ishak . Buat masa tu , roommate aku , dua orang . Dalam kondo ni , ada 3 bilik . So , bilik satu lagi , ada 2 orang yang terlebih dahulu sampai , Fahmi dan Amirul . Aku biasa laa , malu lagi kan . Haha .
Tiga hari aku di sini , satu demi satu student baru masuk . Dan sekarang , bilik aku dihuni oleh 14 orang . Banyak kan? Haha . Mizi , Syahid , Sufi , Jasal , Rau , Harith , Mat Nor dan Hadi .  Kami sekarang dah jadi family , family in monster . Haha . If you know what I’m means .

Hummm , aku hope member-member aku yang lain semuanya dalam keadaan baik jugak . Walau apa pun yg melintas , menghalang lalu menghasut kau ke arah lampu yang gelap , cuba berlari sejauh mungkin , berlari kea rah lampu yang benar-benar bersinar , menerangi keliling mu , sehingga kau mampu melihat baying kau sendiri supaya kau sedar , di mana diri kau berada dan siapa diri kau yang sebenarnya , untuk kau buktikan pada dunia dan seluruh semesta . 

SI PEMERAH OTAK:
me... 

Tuesday, May 22, 2012

Pejuang Minda , Hak Asasi dan Revolusi ..

Assalamualaikum...
Kepada para pemuda , belia , mahasiswa , mahupun mahasiswi . Ehh , terbawak - bawak pulak masa menjadi ahli forum . Ada antara kalian yang masih ingat ? Masa aku pakai baju putih , berseluar putih dan ber 'coat ' hitam ? With RAFA ? Haha . Opss , sudah lari tajuk maa . 

Anda kenal , Datuk Seri Anwar Ibrahim ?



 Wooowooo , kepada OKU(Orang Kuat UMNO) just be cool , okay ? Korang pun mesti nak kenal , siapa yang korang tentang selama ni ? Individu yang korang anggap musuh durjana negara , yang korang rosakkan majlis ceramah beliau .
Opss , again , sorry kalau ada yang terasa .

                                                      *ADE AKU KESAH?


Kepada penyokong tegar , OKU , yang purata nya antara 17 hingga 21 , yang hanya membaca puisi jahil tanpa selidik mana hak mana batil . Anda sudah cukup kenalkah beliau ini ? Bukan nak cakap apa laa , kita sebaya . Mesti ada yang kata , "Alahh , macam kau tu kenal sangat , bajet laa , puii!"
Memang aku tidak kenal , tidak terlalu kenal dengan lebih mendalam tentang beliau .

Pembuka bicara . Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) , dilahirkan pada 10 Ogos 1947 (sebaya dengan nenek aku) . Hahaha . Beliau ialah ahli politik yang terkenal dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998 . Semua memang sudah sedia maklum , bukan ? Hehehe . Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Persatuan Bahasa Melayu UM (PBMUM) , Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)  , dan Majlis Belia Malaysia . Beliau telah memperjuangkan hak pelajar melayu/islam dari dalam kampus lagi . Selepas setahun bersama UMNO ,  beliau menjadi menteri Belia Dan Sukan pada 1983 , dan seterusnya menjadi menteri Pertanian dan Pendidikan pada 1986 . Masa itu beliau adalah permidato yang hebat kerana segala yang keluar dari mulutnya , adalah fakta belaka yang tidak boleh dipincang sewenangnya , yang menaikkan semangat untuk ahli - ahli UMNO . Dan pada masa itu , ahli - ahli UMNO laa yang menjadi kipas - susah - mati (Die Hard Fan) beliau . Bukan kisah dongeng okay ?


Dipendekkan cerita laa , sekarang beliau adalah pejuang revolusi dan reformasi , dan juga Presiden Umum Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan . Aku salute dia , sebab , walau dihentam , kiri , kanan , depan , belakang , oleh media pro2 UMNO , difitnah ,  ceramah beliau di kacau , di huru harakan , tetapi beliau tetap bangkit dan berjuang demi rakyat . 

                                       A Father Of Revolution
                                        *LIKE A BOSS
                                      
  "JIKA TAKUT DENGAN RISIKO , JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN"


sipemerahotak :
Saya ..:)

Sunday, May 20, 2012

Kunci Kejayaan~

Assalamualaikum..
Hye guys! Lama tak update blog aku ni . Biasalah,ada problem dengan blog aku ni .

Hurmmm,
Kejap je rasa masa berputar kan ? Pejam celik,pejam celik,dah nak masuk belajar balik .
Kembali mengadap buku,buat ulangkaji,stress belajar,itu,ini . Macam - macam lahh .
Kawan - kawan aku,ramai yang sudah bersiap sedia barang - barang dan segala bagai laa keperluan . Hope tiada yang tercicir naa . Haha . Termasuk laa insan yang bernama Muhamad Fazrul Aizan Bin Muhamad Julaini .
Aku masuk mana ?
 
                    Unifield Technology College
                                            ade tiga lagi blog macam ni







                                                          Shuttle Bas


Aku mulanya ragu juga nak masuk college ni . But bila aku dapat tahu kelebihan nya , aku decide , this is the place ! Yuran pendaftaran dan yuran pengajian ditanggung dan dibiasiswa oleh kerajaan . Aku hanya perlu bayar yuran semester , 6semester(3tahun) just 2K . Oke laa kan ? Diploma aku nanti dikeluarkan oleh uitm , and graduate pun kat sana laa . Uitm , Shah Alam . Insya-Allah , aku nak terus sambung ijazah , jika diizinkan Allah S.W.T . Aminn ~~ .
Ini rezeki aku , walau dimana aku belajar , dimana aku menuntut ilmu , di situ terletak nya KUNCI KEJAYAAN ku . Semuanya bergantung pada ku , usaha ku , iman ku , untuk menggapai kunci itu . Kunci itu bukan untuk aku sahaja , tetapi pada yang layak memilikinya .
Iman , usaha , doa , tawakal , semuanya harus disatukan dalam menggali ilmu yang amat luas tidak terhingga .


 " Carilah ilmu walaupun sehingga ke negara China "




Si Pemerah Otak :
Aku laa..

Thursday, May 10, 2012

Ambition... What You Wanna To Be ~

Assalamualaikum...

Darjah 1..


Cikgu : Kamu,yang dari tadi sengih , bangun dan perkenalkan diri kamu .


Aku : Saya cikgu . Nama saya Muhamad Fazrul Aizan Bin Muhamad Julaini . 


Cikgu : Baik . Aizan , bagi tahu cikgu , apakah cita-cita kamu ?


Aku : Errr . Polis , cikgu!


Cikgu : Kenapa kamu ingin menjadi polis?


Aku : Sebab boleh tangkap orang jahat .


Mula dari darjah 1 sehingga darjah 6 , tu laa jawapan aku bila ditanya tentang cita-cita dan impian . Dan percayalah , pada masa itu , kita hanya cakap tapi tidak tahu apa yang sebenarnya yang kita mahu dan cita-cita sebenar kita . Betu tak ?



Tingkatan 1..


Cikgu : Kamu , yang dari tadi bising , bangun dan perkenalkan diri dan nyatakan cita-cita kamu .


Aku : Mana ada bising cikgu , biasa-biasa je . Nama saya seperti dalam nametag ni lah (sambil menunjuk nametag pada cikgu . Nama saya Muhamad Fazrul Aizan Bin Muhamad Julaini . Cita-cita saya , errr , cita-saya (memerhati classmates), nak jadi detektif .






Satu kelas ketawa . 


Classmates : Nak jadi macam detektif Conan laa tu !


Aku : Puiiii ! Suka hati aku laa , aku kacau korang ka ?


Sememangnya , Detective Conan anime kegemaran ku dahulu , err , actually , sehingga sekarang .


Cikgu : Baik . Kenapa kamu ingin jadi detektif ?

Aku : Supaya saya boleh menyiasat penjenayah laa cikgu . Cikgu punnn . 


Sehingga tingkatan 5 , itulah jawapan ku jika setiap kali soalan bernas + cepumas + mengelabah bila setiap kali di ajukan . Dalam borang-borang (borang maklumat murid dan segala bagai) .

Now  , i've made my choice , i've my own dream what to wanna be . Bukan Datin Wannabe . Hek3
Kalau dulu bila ditanya , hanya 1 pilihan aku , sekarang aku list kan apa yang aku mahu jadi .

1 . Cikgu
2 . Bussinessman / Accountant / Marketing And Management
3 . Doktor pakar x-ray . Haa , gelakk laa . Aku suka doktor bahagian x-ray ni sebab , tidak melibatkan bedah2 or darah2 . Walaupun kengkadang kena x-ray mayat .

Kita hanya mampu merancang . Dan tak mustahil , cita - cita aku ini lari dari apa yang aku akan jadi masa depan . Aku nak pinjam ayat member aku , yang selalu dia cakap , " Siapa dia dulu tidak penting , yang penting siapa dia akan datang"


Yess ! Who i am at past its not important . Tapi aku nak tambah sikit , kadang - kadang kita kena renungkan siapa kita dulu , sebab itu yang menyedarkan kita , siapa kita , asal usul kita , supaya kita tidak bongkak suatu hari nanti .
Dan buat mak , along akan untuk membangga kan mak , suatu hari nanti  , biar satu dunia tahu bahawa mak juga mempunyai anak yang berjaya di atas bumi Allah ini. I love you mom !!



Si Pemerah Otak :
Me..

Tuesday, May 8, 2012

Perjumpaan Yang Tertunda..

Assalamualaikum….

7/5/2012 , 8.30 a.m , tempat keje ..

Aku : Laya,da cek upu?
Laya : Belum . Tapi boleh semak melalui message je .. Taip RESULT UPU <IC> , then ko send ke 15888 .
Aku : Boleh ea?? Okey2 , dah send dah .. Kando ! Da cek upu ke ?
Kandar : Belum . Tengah cuak ni . (sambil menyapu sampah)

7/5/2012 , 11.30 a.m .
Aku : Mana ya , tak balas2 pon .
Laya : Mana aku tahu ! Deme takde kredit kot nak reply .
Kandar , Aku : Otak mu !
Laya : Rileks laa . Pukul 12 karang baru boleh send .
Aku : Dah tu , pasal apa send awal-awal pagi tadi , ngek?!
Laya : (sengih) . Aku baru tahu . Kejap , aku nak topup , abis kredit aku je tadi .

7/5/2012 , 1.30 p.m
Kandar : Jap,aku pergi try Tanya kat kak Fatin (penjaga kedai jamu-jamuan berdekatan dengan tempat         kami bekerja) , boleh tak pinjam lappy dia . Nak tunggu message sampai bila .
Aku : Haa! Cepat kandar , aku tak sabar ni .

10 minit kemudian .
Kandar : Okey , bagi aku nombor ick orang , cepat !
Aku , Laya : 94********* , 94********. Kau dah cek??
Kandar : Nanti aku cerita . (terus berlari ke kedai kak Fatin)


15 minit kemudian .
Kandar : Zan , rileks k . Kau.....tak berjaya , Laya pun . Apa kata kau cek sendiri .



Jantung aku masa itu seakan berhenti . Segenap pelusuk tubuh ku kaku . Ya Allah !
Benarkah ini?! Tidak ,tidak mungkin . “Kau , tak bejaya Zan “ . Kata-kata Iskandar , terngiang – ngiang di hujung telinga , dan bergema di setiap pelusuk deria pendengaran ku .

 Laju aku berlari ke kedai kak Fatin.

Aku : Kak , pinjam lappy jap ye .
Pada kaca monitor masih terpapar keputusan upu . Aku klik pada kembali , dan menaip semula nombor ic .


Aku sabar menunggu , aku tahu , aku berjaya , aku dapat masuk u untuk 1st intake . Walaupun pilihan utama aku ke maktab . Tapi nasib tidak menyebelahi aku , juga aku tidak berjaya .
Skrin monitor terpapar keputusannya dan ternyata , aku tidak bejaya . Air mata aku hampir mengalir .

Aku : Ya Allah ! Tak mungkin . Aduhhhh .
Kak Fatin : Adik , sabar oke ?
Abe (tunang kak Fatin) : Lahh , tak dapat .

Aku mengeluh panjang .

Laya : Zan ! Macam mana ?

Laya muncul di muka pintu terus mendapatkan aku . Riak muka ku sahaja sudah cukup untuk memberitahu jawapannya .

Laya : Jap , cuba cek aku punya pulak .

Dengan pantas aku menaip nombor ic nya , dan klik pada pautan masuk .
Keputusannya , Laya dapat tawaran ke politeknik , jurusan perkapalan .

Laya : Aduhh , aku nak pesawat .
Aku : Bersyukur Ya , kau dapat . Tapi kau ada matrik . Kau boleh sambung belajar , aku ni . Matrik tak , maktab tak , u pun sama .

Lambat-lambat aku bangun .

Kak Shima (tauke kedai) : Haa , macam mana?
Aku hanya beri respon dengan gelengan .
Kak Shima : Jangan sedih . Ada tu . Sabar ye .
   
JANGAN SEDIH??

                                                                    *gilalataksedih

Aku membalas dengan senyum pahit . “Insya-Allah” .

Segala pekerjaan ku , menjadi tak tentu . Kepala ku runsing , hanyut entah ke mana . Air mata di tubir mata ku seka pantas . ‘Rileks bro,2nd intake tu,aminn~~

Now,only aku and Rozy . Kami je yang tinggal , yang still nak tunggu u . Rozy,sahabat baik aku sejak dari darjah 1,tak pernah berenggang,cuma rumah je laa yang berlainan . Ingat nak sambung belajar,mesti berpisah,tup tup,aku dengan dia yang still tak masuk-masuk lagi u . Takpe bro,rayuan dah buat,segala nya ditangan-Nya . Insya-Allah . Kita doa sama-sama .


Humm,hujung bulan ni,Azuan,Laya,Iskandar dan ramai lagi members aku,dah mula sambung belajar . Congrats buat korang . Aku bangga jadi kawan korang semua . Ada yang dapat asasi,ada yang dapat masuk kolej Islam,ada yang siap dapat tajaan . Syukur sangat-sangat . 

Satu je yang aku nak pesan , bila dah berjaya nanti , kenang kan masa saat-saat kita bersama , saat kita bergelak , sedih , kecewa , cemas , and saat indah kita sewaktu di kelas . Kita berpisah buat sementara , dan perjumpaan kita akan ditunda pada suatu hari nanti .  




AKU SAYANG HANGPA SEMUA . Good luck kawan!




Si Pemerah Otak :
Me..

Monday, May 7, 2012

Si Pencacai Buta

Melihat lautan manusia jahil,
Menagih keuntungan palsu dari si penjual maruah negara,
Tanpa belas , menganggap diri raksasa negara..


Fitnah ditabur supaya rakyat tunduk membela hati bangkai yang sudah diurung berengga, Menegakkan benang yang basah menjadi tradisi,
Mahu kemenangan dalam kekotoran,
Tanpa sedar,
Lautan kuning menutupi sang biru,
Hanya menunggu masa untuk disisih...


Tanpa sedar,
Jiwa jelata bangkit membaham korupsi dan kroni yang selama ini,
Mencacaikan si pencacai yang buta akan kebenaran hakiki dengan wang,
Berpidato dengan puisi jahil,
Hebah fitnah tanpa sedar ada yang mencatit lagak gaya mu..

Tentang si topeng merah dan biru,yang membunuh dalam gelap dan bisu, 
Hanya demi aset yang dianggap hakiki di dunia,
Si penyelamat kini digelar zionis atas kelakuan terhadap jelatanya sendiri..
Tanpa sedar,mereka jatuh tidak bersandar..


Ketuanan melayu yang disanjung-sanjung,
Hebah dalam seluruh akhbar pro nya,
Islam dihanyutkan,
Ulama' di permainkan,
Ilmu dikata cetek sebelum menduga lautan yang sebenarnya dalam...


Si Pencacai Buta,
Sedarlah...
Guba habis hak miranda mu,
Kerana lautan biru sudah melemaskan dulu dirimu,
Sebelum tiba saat ditenggelamkan..


Dan kini..
Lautan kuning yang selama ini terpendam.
Akan meletus angkara lava yang dipendam dari dalam,
Yang akan menyedarkanmu tentang erti sebenar,
KEADILAN DAN KEBENARAN...








Si Pemerah Otak:
Me...

Sunday, May 6, 2012

Keluarga~~

Assalamualaikum..
Hye guys...
Apa khbar ?? sihat ?? How about your family ?? Hope semuanya sihat. Ehhhh! Ada yang tak tahu family bagaimana sekarang ? Sihat or tak?haishhhh. Ooo,maybe duduk di perantauan,and miss contact.. Mesti ada yang rindukan keluarga. Of course laa! Aizan ni pun..

Sehingga hari ini,aku masih ingat lagi,lori pasir yang besar gila abah aku belikan. Lori pasir yang besar bewarna kuning.


                                                *bukan gambar sebenar..tpi mcm ni laa bentuknya*


Aku tergelak bila mak cakap aku boleh duduk atas lori tu..masa umur dalam lingkungan 3 ke 4 tahun laa. Kalau skarang duduk atas tu,mau jahanam lori tu..haha

Aku : Mak,bila along dah besar,bukan lori besar je,semua yang besar-besar along hadiahkan untuk mak ye..

Mak tersenyum...

Then,aku terfikir sejenak. Walaupun dahulu,kami tidak sekaya atau semewah mana,tetapi tetap ada kebahagiaan dalam keluarga kami. Tapi,kenapa sekarang anak-anak tidak tahu menilai atau menghargai setiap pengorbanan ibu bapa mereka ?? Ibu bapa bersusah payah mencari duit hanya untuk seorang insan bernama anak..


Bersyukurlah kamu,kerana masih berdiri teguh dan sihat,kerana semua itu,hasil dari titik peluh ibu dan bapamu...

Wahai anak...
Kini dirimu meningkat dewasa. Pelbagai cabaran baru , yang akan kamu tempuhi. Gunalah sepenuh nya,'buku' yang ditulis ibu dan bapamu,tentang kehidupan sebenar dunia yang harus kamu hadapi dengan kudrat mu sendiri sejak kamu dari kecil lagi. Dengan segala ilmu,akidah yang kamu peroleh dari ibu bapa dan guru-gurumu. Supaya engkau mampu bergerak dan bertindak dengan fikiran mu,bukan digerakkan oleh hawa nafsu mu. Mengapa wahai anak?





Mengapa jalan hitam yang kamu pilih ? Mengapa jalan dan cara kelakuan mu,membuatkan sepasang mata mak dan ayahmu mengalirkan air mata ?? Itukah balasan kamu terhadap segala pengorbanan ibu bapamu?Yang melahirkan kamu,membesarkan kamu..?
Pandang cermin,lihat segenap tubuh,dan setiap inci anggota badan mu. Tidakkah sempurna ?? Tidakah kamu dapat melihat dirimu sendiri,sedangkan ada yang dilahirkan di dunia dengan tidak mampu melihat dirinya sendiri..?
Tidakkah kamu mampu berjalan,sedangkan ada yang dilahirkan tidak mampu,,untuk berjalan,hanya mampu mengesot..
Tidakkah kamu bersyukur lagi,kerana kamu sedang berdiri melihat dirimu sendiri,melihat ibu mu,melihat ayahmu,melihat alam yg diciptakan Maha Pencipta,sedangkan ada yang tidak mampu melihat alam ini,bahkan ibu yang melahirkannya..





Anak yang begitu suci lahirnya,ibarat sehelai kain putih..tidakkah kamu bersyukur wahai anak?
Tidakkah kamu bersyukur,kerana mampu,merangkak,bertatih,berjalan dan berlari,sedangkan ada ramai yang tidak mampu berbuat bergitu??
Tidakkah kamu mampu bercakap,sedangkan ada yang lahir,tidak mampu untuk bertutur,untuk mengucapkan,,
   

  "Terima kasih mak,kerana melahirkan along,menyusukan along,sabar melayan perangai dan segala kenakalan along,membeli pakaian,walaupun pakaian mak abah tidak berganti..terima kasih mak,kerana melayan selera along dan adik-adik,walaupun selera mak,terpaksa mak korbankan.."






Cukup lah,ibumu mengalirkan air mata ketika melahirkan mu,menahan kesakitan. Cukuplah air mata ibumu mengalir,kegembiraan ketika melihat dirimu selamat dilahirkan..



Hanya satu yang membuatkan hati ibu bapa mu senang untuk melepaskan kamu berdikari,di saat dirimu,mampu bergerak,mampu menampung hidup dan dirimu sendiri,dan disaat itu,,
Hati dan jiwa ibu bapamu rela nyawa mereka ditarik malaikat maut,dengan rela melepaskan dirimu sendirian di atas bumi ini,kerana dirimu sudah mampu untuk berdiri di atas kaki mu sendiri...



Disaat itu,ibu bapa mu rela melepaskan mu sendirian di atas muka bumi yang fana dan penuh cabaran ini dengan segala hasil didikan,nasihat dan tunjuk ajar mereka,telah disemai dan di terap dalam hatimu..



Jangan menangis wahai anak,relakan kepergian mereka,doa mu,yang mereka harapkan.. Kerana doa mu,membawa mereka ke syurga..

Sebelum masa itu tiba,dan sementara kita masih lagi bernafas,ucapkan lah kata-kata sayangmu,pada keluarga mu,bukan pada kekasih yang hanya melekakan dunia mu semata.. Dengan itu juga,dengan kesempatan ini, aizan mahu ucapkan terima kasih kepada mak dan abah,seterusnya,pada family ku!!Iloveyou all!!

            *Berdiri dari kiri : maklong (Asmawati Che Nan) , pakngah (Ismardi Sahak) , makngah (Faizatul zaharah)
                                               MY SUPERMOM ( Baizura) , Adik  (Muhammad Afiq Haikal) ,
                                                my stepfather (Mohd Yusof) , err tak kan tak kenal, angah ( Nur Fazreen Asyira),
                                                ajim (Muhamad Fazrul Azem) . 


               *Duduk : paklong (Mohamad Fairool) , tokziz (A.Aziz Salleh) , tokjah (Khatijah Ismail) , paksu (Muhd Faizal)
                
                *Bersila : ya (Nur Afiqah Alya) , adik ( Farhan Ubaidah) , akak (Nur Farihah Zulaiqah) , adik (Nur Irdina Syafiqa) , 
                                                                                                 syafiq(Muhd Syafiq)..


                 *Tiada Dalam Gambar : my latest brother , Muhd Aqeel Hafiy..






Banyak Mulut : 
Si Pemerah Otak

Saturday, May 5, 2012

SAYA BUDAK BARU...isn't it??lol

Pantang nampak org buat,mesti nak buat..sibukkkk je..

assalamualaikumm..
hye guys..
fuhhhh,setelah beberapa jam depan laptop ni,akhirnya siap jgak blog ni..and this my first post..haahaha..
lawak pulak bila fikir balik...

Aku : apa lah yg best sgt blog2 ni..
Member2 : sesungguhnya kau tak memahami..

facebook laa yang aku selalu ngadap..tapi hari ni entah laa,tetibe pulak nak jdi blogger..hahaha..kenapa??
                                         sebab bila setiap kali aku mengadap fb,muka aku
                                                     
                                                                    booo!!

so,bila da muka mcm ni,youtube tempat aku melepaskan kebosanan..search lagu,super spontan,new movie(trailler laa)..then nak tahu apa yg buatkan mata aku terbeliak dan kembali segar??utk gagahkan jugak aku menekan sign out kt fb...


                                                                      VERSAILLES
                                                     
                                             baru laa mata aku segar..yuki(drummer) is insane..

bila dok youtube-inggg jee bosan gak..soo,blogspot.com..yg belum aku search...hahhaa..gilo..

so,i'm new here..kalau ada salah,mohon maaf,dan harap ditegur dan diberi nasihat yaawww...



                                errr,kalau marah ke,jangan laa sampai bergaduh pulakk k??chilll yeahhh!



bila dah bercerita:
banyak mulut